Resipi : Tomyam Putih

Assalamualaikumwbt. Happy saturday 🙂

Somebody is pestering me to give her this particular recipe. Kau tak masak kang, siap kau na. Hahahaha Anyway, simple recipe. Ini kali kedua buat, the 1st time buat dengan ketam. So jadi. So kedua ni buat dengan udang. Jadi jugak la ahahaha. Dah kata senang kan. Resipi ni boleh buat ikut lah nak ayam ke, udang ke, sotong ke, ketam ke. Ikut je tekak haritu rasa nak makan apa. Janji bahan lain kena adalah. 

So here goes. 

Bahan-Bahan
*sukatan ni untuk dua orang makan je. Kalau nak tmbah lagi adjust la sukatan lain ok 🙂
Untuk Tumis
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
*tumbuk sekali
1 biji bawang besar, potong mcm dalam gambar tu.
2 batang serai (kalau kurg rasa boleh tmbah lagi serai)

Binatang pilihan anda-Udang/ketam/sotong/ayam

Sayur-sayur ikut mana nak masuk
Lobak
Kacang peas
Caulliflower

Air perahan limau nipis kalau dpt dlm suku cawan (ni nanti masuk sket sket-sambil masuk sambil rasa)
2-3 helai daun limau purut
1.2 cm lengkuas (jgn tumbuk, titik je sket. taknak over smashed nanti lebih sgt rasa dia)
2 sudu besar sos ikan
1 biji Tomato potong mcm gambar
Garam secukup rasa
4 sudu besar Santan (optional-i tak ubuh. tak minat santan hehe)


Cara-cara
1. Panaskan minyak. tumis dulu semua bahan tumis tu. Naik bau then masuk lah binatang yang dijadikan tajuk tomyam tu hari ni. Gaul-gaul kasi rasi naik bau bajet sedap. Pastu masuk pulak bwg besar tu. Kacau lagi.
2.  Letak sikit air, masukkan serai and lengkuas dah titik sbb nakal tu, baru masukkan sikit lg air bila yg td dah renih sket, letak garam and season and boleh masuk sos ikan masa ni, masukkkan lah sayur yg lambat nak lembut dlu and masuk sekali daun limau purut
3.  Masukkan perahan limau sket demi sedikit demi menjamin tomyam anda tidak lah terlebih masam
4.  Kalau lebih masuk blh masukkan gula tp sket je jgn bagi belebih plak manis
5. Last skali baru masuk sayur yg berdaun and tomato.
6.  Sebab tomyam ni mmg tak pakai pes segera, kena tere merasa lah dan membajet ikut kehebatan tekak dan lidah anda.
7. Bila siap, makan dan hidang.

* Lengkuas, jus limau, daun limau purut and serai main ingredients. Kena ada baru menjadi dengan sedap yer.

Kenyang!

Selamat masak korg. Masaklah untuk yang tersayang. Gitu haha

Tengok bahan-bahan dia senang je kan.
Selalu nak sedap masak nak teknik dia kena betul tu je. Masuk step by step  no main campak-campak aje 🙂

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *