Resipi : Lauk Ringkas Untuk Berpantang

Assalamualaikum 🙂

*tersipu malu* gituuu tetibeh. Dah Linda. Teruskan! ececece.. okay. Harini nak up simple food untuk orang dalam pantang. ( A traditional malay confinement recipe) Simple je. So takyah la nak perangat dua kuali dgn api yang maha marak ye. Ehehehe
So, ceritanya… mak saya ni sangat hebat menjaga orang dlm pantang. Saya confirm puan-puan akan menangis lah taknak bersalin lagi kalau pantang dengan mak saya hahaha. Ala-ala natural birthcontrol la gituuu.  Saya berpantang seminggu je dengan masakan mak saya, bengkung yang guna tali tu dah bertemu pun. Tapi jangan bimbang, air susu badan melimpah ruah, sampai kena tahan dengan tuala mandi, still boleh perah. Pemakanan memang penting di jaga untuk bf, tapi badan pun kena la jaga untuk guna lagi masa depan. So the balance should always be considered okay.

Lagi satu, untuk breastfeed ni. Yang kena kuat adalah otak dan hati serta keikhlasan dan kemahuan bf tu okay. So lauk-lauk yang konon sangat simpel and under nutrition ini bukan penyebab anda takde susu 🙂

Ok. Sikit-sikit aje bebel sudeh. By the way, prinsip untuk lauk orang berpantang is
1.  1st week – no kuah-kuah at all! haip! jangan nk ngada minta sup or whatever yg berair mair nih
2.  No goreng²! takyah goreng apa² aih, Minyak² jgn nak guna untuk tumis pn is a big NO-NO
3.  Banyakkan halia+lada hitam+kunyit hidup. Bukan serbuk ye. Apatah lagi kunyit yang hindu buat sembahyang tu. takbleh jgk!
4.  Pagi and petang always a simple breakfast like – horlicks susu and oatmeal biskut.

Ha yang tu je ingat, nanti ingat saya letak lagi ok.

Kali ni masak untuk SIL. Cari haruan hidup kat pasar. Suruh tokey kasi katuk kepala 3 kali. Sembelih and buang sisik n lendir. Pastu kita lumur la dgn tepung and limau kasturi. Pasti hilang kehanyiran nye yer ibu-ibu bapak-bapak.

Haruan tu boleh buat singgang ( lepas 1 weeks ye) and boleh juga bakar je. Yang saya buat ni Singgang Ikan Haruan. Simple sangat

Bahan-bahan
Ikan haruan -3-4 potong
Kunyit hidup 1/4 inch hiris halus halus
Halia 1/4 inch hiris halus halus
Lengkuas setengah dari 1/4 inch , titik kan aje
Daun kunyit.
Asam Keping

Cara
Semua rebus je dulu kecuali ikan, lepas menggelegak baru masuk ikan yang dah di perap n dibersihkan tadi.
Perap tu untuk hilang hanyir je ok.
Kalau nak bakar, semua bahan kat atas yang sama kecuali lengkuas dgn asam keping lah. Tumbuk semua and lumur kat ikan n balut dengan kunyit n bakar.

Utk ikan bilis punya stok
Saring ikan bilis (no minyak) sampai garing then tumbuk lah dengan lada hitam. Simpan satu jar. Buat stok makan n buat kerabu.

Utk kerabu pegaga pulak
Ikan bilis yg dah campur dgn lada hitam tu, tabur pada pegaga yang dibersihkan. Akar takperlu buang. Bersih sebersihnya then makan skali. Bwg merah setengah biji racik halus-halus lah masukkan sekali. Petua orang tua banyakkan susu. Selain Kerabu boleh jugak tukar-tukar dgn sayur lain tapi method yang sama, yang famous masa saya dlu, mak selalu buat jantung pisang rebus then racik and buat kerabu. Itu pu petua banyak kan susu 🙂

Nah, complete jugak kan nutriennya. So Selamat berpantang!

Nampak sedap kan.. nommms!

You may also like

1 Comment

  1. semua di atas ada lah feveret aku kecuali ikan haruan…huhuhuh
    aku tak mkn ikan sungai..walopun umah aku..buka je pintu belakang dah bley terjun bendang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *