Resipi : Egg chop w baked beans for kids

Salam Aidilfitri-lah

hehe rasa rajin pulak nak update resipi senang ni. Btw, Salam Aidilfiitri semua. Mohon maaf zahir batin kalau ada yang penah disalahi saya atau tulisan saya. Mohon di maafkan di bulan nan mulia ini yer.

Anyway. terus lah ke resipi. Ini resipi breakfast for kids. Tapi tak la kids sangat sebab mmg mak n pak kids pn boleh makan. resipi ni masa kecik-kecik mak selalu masakkan untuk kitorg, maybe sebab kitorg adikbradik ramai, so to throw everything in one menu is easiest tapi mmg sedap. Sorg suka makan telur, sorg suka makan hotdog, sorg suka makan kentang. Campak je semua dalam kuali. Siap!

So, skrg kalau waktu pagi, rasa tak sempat masa nak masak mee ke, nasi lemak ke, roti telur ke nasi himpit dgn rendang ke untuk Ghazi… keluar la idea nih. Plus, lately ni Ghazi suka plak makan baked bean ni, So, masa yang sesuai untuk memperkenalkan resipi yang mudah ini ye adik-adik huhu.

Bahan  (ni size tin kecil punya anggaran bahan)
Baked beans 1 tin kecil
2 biji telur, goreng tanpa mnyak then potong la ikut size kesukaan anda
1 biji kentang, slice dan goreng, toskan minyak
1 biji/unit/batang hotdog. Goreng dan potong slice
Bawang putih seulas
Bawang besar setengah biji hiris
Sos Tomato 2 sudu
Air 1 tin (tin baked beans tadi)

Cara
Tumis bwg putih, naik bau masuk bwg besar. Naik bau je masukkan semua bahan lain not in order pn takpe, dah menggelegak baru masuk air and sos tomato. Tunggu pekat sikit angkat, n makan panas-panas cicah dengan roti.  Siap breakfast korg!

hehe

Selamat mencuba!
Maha senang, potong roti kiub kiub, cicah emang lazat sekali!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *