Resipi : Char Kuey Teow

Salam Pagi Ahad

Harini breakfast saya masak Char Kuey Teow gituuuu…. Googled Maksud char kuey teow. And then found dia punya history at Wikipedia. Hmm..sbb CKT ni dia punya high saturated fat content adalah tidak diampunkan oleh trainer² fitness first, maka sbnrnya asal nya CKT ni adalah untuk labour² cina yg kerja di tapak pembinaan or kat mana² je la kan. Tengoklah ingredient dia, telur, kuey teow, dgn gorengnya lagi. minyak sume bergenang. phew sedap!

Anyway, asalnya nak makan CKT ni dr semalam punya JJCM (Jalan-Jalan Cari  Makan.) Dia bawak makan kat Botak CKT. Nampak memang sedap. So mlm smlm lepas melawat tok sedara kat Jln Duta, ajak la sang suami pi. Tapi sebab si kenit dah tidur atas riba. Kena lah cancel plan. Saya tidur dgn penuh airliyor tanda cravings kehkeh

 So pagi-pagi, saya googled the recipe and found a few. Which later I did a few alteration to suits my style of cooking. Tapi result dia, Alhamdulillah. Sedaaaaappp.. Seseddap mata korg memandang dan tekak ku menelan. phew!

So here goes..

Bahan-Bahan (2 orang makan)
Kueyteow (yang jenis halus bukan yang kasar-kasar)
Taugeh – 20sen cukup
Kucai – 3-4 urat
Kerang fresh (maksudnya adalah.. sila lah struggle bersih-rebus-kopek sendiri ya)
Udang kecil (rendam n bersih kan sungguh²-then rebus utk dpt kan stok dia)
Udang besar (yg ni ikut la nak 4-5 ekor ke utk tumis)
3 sudu kicap manis pekat
2 sudu kicap soya manis (dia lighter sket-tak pekat sangat, mcm sushi punya)
3 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu petis udang
Cili boh
2 biji Telur
4 ulas bawang putih yang kena ketuk² sbb dia nakal dlm kelas.
Minyak untuk menumis

Caranya :
Easy. Tapi kena ingat . Heat up 2 kuali at the same time. Kalau rasa tak cekap, buat paste dia dulu lah.
Api kena sepanas yang boleh and make sure anda bersedia untuk cemas and bajet best sebab api die marak bley tahan la. Ala-ala chef terel gittew :p

Utk paste dia yang kemudiannye kita akan masuk asing
Semua sos-sos tu masukkan dalam satu kuali n panaskan. Campak juga seketul bawang putih.
Masukkan juga air rebusan udang (stok udang) then bagi boiled sket. Nak pekat sket pn boleh, tapi saya biar dia tak pekat sangat. Asal rasa dia masak dah serasi bersama semua bahan-bahan tu cukup lah.  Masuk juga air kalau nak kuah CKT anda banyak

Untuk Kuey Teow
Panaskan kuali and besarkan api semaraknya. Kalau tak cukup, g amik kayu reban kat belakang umah tu bakar sekali. Ok
Then masukkan minyak dlm 2 sudu kecil
Bila dah panas, cmpak la bwg putih kasi naik bau. Then Campak Udang Besar+ Kerang. Kacau sket lagi then masukkan pulak lada boh dlm 4-5 sudu ikut tahap kepedasan tuan/puan nak lah.
Lepas dah nmpk rasi bersama je bahan-bahan tu campak la kueyteow, taugeh dan kucai. Kacau sampai rasi.
Baru masukkan Paste yang kita buat masa awal tadi.
Dah nampak bergenang, dengan pantas nye! (ni tak memain kena pantas) Pecahkan telur masuk dlm kuali kacau dlm 30 sec (jgn sampai dia jd berketul) terus lah keluarkan, masukkan dalam pinggan. NGAP!

Simple kan?!!

Tapi naty ade sedikit pembaziran lah. Masa nak buat stok udang tu, memang udang kecil tu saya tak guna dah. Tapi kalau korang nk guna lagi buat goreng sayur pun boleh. Tapi dia dah tasteless. Sebab dah perah sume pati dia jadi stok udang.

Itu je. Tq!

Antara bahan-bahan yang featured dlm kueyteow saya :p

The Seri Kembangan Char Kuey Teow! Aummm!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *