Resipi : Cakoi

Salam sayang semua *tebarkan ciuman*

Gituuuu.. happy sangat cuti² ni, tunggu lah sekejap lagi nak sambung isi HRMIS hahaha. Anyway, nak kongsi simple resipi yang di cedok dari myresipi ni. So, the prep time lebih cepat la dari g Bangi beli cakoi tepi petronas tu hehe. So, sebab malas nak taip, I just go cedok (not cebok) the resipi ok.

Barang-barang yang kena ada:
Tepung Gandum (guna separuh shj)
1 cawan air suam-suam kuku
1 sudu besar planta (pohon dicairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
2-3 sudu besar tepung (i used hi-goat)
1 biji kuning telur
2 sudu kecil mauripan
1 sudu besar veggie shortening

Caranya:
Gaul semua sekali kecuali tepung. Gaul supaya sebati
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit..Sambung uli. Uli sampai dia jadi doh lah. Kurang air tambah air, kurang tepun add some more tepung.
Canai dan potong memanjang dalam anggaran 1-1.5 inci. Untuk cantumkan dua cakoi , basahkan lidi n gores di tengah² cakoi pertama, cukup untuk buat  cakoi tu melekat then  ambil 1 lagi dan letak on top of it.
Bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum letakkan semula dalam minyak..situlah rahsia dia nampak slim dan panjang dari saiz asal. Bukan goreng² je dah panjang tinggi lampai cam tu hehe.
Pastu siap, goreng n makan!

Sedaaaaap!

Tapi semua la aku letak resipi ni sedap kan hahaha..

Ok, Selamat mencuba!

Cakoi ni makan panas-panas memang nikmat!

You may also like

3 Comments

  1. weh dah jadi blok masak2 yer..anyway good..bley refer kat blog ko kalo nak masak apa2..resepi asam pedas ko sampai skang jadi feveret aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *