Resipi : Butter Milk Chicken

Assalamualaikum

Satu lagi resipi senang. Nampak je susah padahal..tobat mudah. Barang pun pakai yang ada kat rumah je. Takyah susah2 cari yg kompleks2. Ni kalau makan kedai sepinggan cecah gak la kat rm20/set.  Buat kat umah same modal dapat sekuali makan puas husband senyum 🙂

Here goes.


Bahan untuk ayam goreng tepung.
2 tapak tgn boneless chicken
Tepung gandum/jagung/tepung goreng ayam adabi atau aji
Telur 2 biji
Mcm biasa..celup ayam dlm telur then tepung dan goreng smpai rangup n garing.
*bahan atas untuk goreng ayam salut tepung dulu. Dah goreng letak tepi.

Bahan utk kuah butter milk.
Butter dlm 250g -potong kiub masukkan dlm kuali
Bwg putih 5ulas -potong dadu halus atau tumbuk lumat
Lada kecik hijau- kalau nak pedas letak la 7-8ulas dh potong halus
Daun kari – 3 tangkai
Garam secukup rasa
Susu pekat manis – 1 sudu besar
Susu cair dutchlady/tin cair – 1 cawan
Tepung jagung utk pekatkan kuah dlm 1 sudu
Lemon perah dlm 1 sudu stgh

Cara :
Butter cairkan dlm kuali panas. Masukkan bwg putih, daun kari, lada kecik hijau sekaligus. Dah naik bau, masukkan terus susu cair dan pekat. Kacau lagi then agak dh rasi masuk garam jgn byk sbb grg ayam td dah ada garam. Last masukkan bancuhan tepung jagung. Nampak dh pekat berbuih..masukkn perahan lemon then baru cmpak ayam yg dh goreng tepung msa awal td. Serve!

Boleh buat kuah dan method sama utk sotong..udang..ketam.. lembu je takde org try lagi. Hehe

Selamat mencuba!

Butter milk Crab


You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *